SEDATIF (UBAT
TIDUR)
Benzodiazepine melegakan
keresahan , 'alcohol withdrawal', 'panic disorders' dan sawan.
Benzodiazepines merupakan ubat yang selalu
digunakan untuk merawat keresahan dan masalah kesukaran untuk tidur. Sesetengah
ubat antikeresahan seperti alprazolam, clonazepam,
diazepam, lorazepam boleh membantu
masalah kesukaran untuk tidur apabila diberikan pada waktu malam. Kebanyakan
ubat hipnotik pula seperti midazolam,
zolpidem akan memberikan kesan sedatif pada waktu siang.
panic disorders
Komplikasi
kepada pengguna adalah mengantuk dan rasa pening, hilang tumpuan untuk melakukan kerja dan
percakapan yang tidak jelas. Kebanyakannya
ubat tidur boleh menyebabkan pergantungan pada ubat apabila diambil dalam dos
yang tinggi dan pada jangkamasa yang panjang. Apabila keadaan ini berlaku, ia
menyukarkan pemberhentian rawatan ubat tidur tersebut.
Ubat tidur tidak boleh diberhentikan
secara mengejut oleh itu doktor akan menasihatkan bagaimana untuk
memberhentikan ubat secara berkala.
Ubat tidur hanya boleh
diambil untuk jangka masa yang pendek sahaja. Kesan ubat tersebut akan
berkurangan kerana badan anda telah menyesuaikan diri dengan ubat ini.
Kita juga boleh
menangani masalah kesukaran untuk tidur dapat diatasi dengan merawat tingkahlaku secara
kognitif contohnya :
- Pastikan tidur pada waktu yang
telah ditetapkan.
- Jauhi minuman berkafein seperti
kopi atau teh pada waktu malam.
- Tetapkan waktu yang sesuai
untuk bangun pagi.
- Pastikan tempat tidur adalah
selesa (tidak terlalu sejuk atau terlalu panas)
- Membaca adalah lebih baik
daripada menonton televisyen.
- Masalah sukar untuk tidur
adalah masalah yang kerapkali berlaku. Oleh itu, cuba tidur hanya jika
benar-benar mengantuk.