Saturday 18 February 2012

PROGRAM OCEAN SPIRIT AWARENESS TOUR FOR UNIVERSITY SOCIAL RESPONSIBILITY (USR)

PROGRAM OCEAN SPIRIT AWARENESS TOUR
 FOR UNIVERSITY SOCIAL RESPONSIBILITY (USR)


        Program Ocean Spirit Awareness Tour atau nama lain Program Kesedaran Marin yang dijalan anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Fakulti,Fakulti Pengajian Maritim Dan Sains Marin (FMSM) sesi 2009/2010 dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (HEPA), Fakulti Pengajian Maritim Dan Sains Marin(FMSM), dan Pusat Jaringan Industri Dan Khidmat Komuniti(InComs), Universiti Malaysia Terengganu(UMT) adalah projek terbesar  FMSM yang melibatkan semua program FMSM iaitu Sarjana Muda Pengurusan Maritim,Sarjana Muda Sains Samudera,Sarjana Muda SG Teknologi Maritim,Sarjana Muda Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim dan Sarjana Muda Sains Biologi Marin.
      FMSM dengan kerjasama JPPF bersetuju untuk mengadakan Proram USR : Ocean Spirit Awareness Tour yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat berkenaan kepentingan lautan kepada alam sejagat sekaligus memperkenalkan UMT sebagai peneraju bidang maritim dan sains marin.

       Objektif program ini adalah memperkenalkan UMT sebagai universiti yang mempelopori bidang maritim dan sains marin kepada pelajar sekolah di sekitar Negeri Terengganu khasnya dan memperkenalkan bidang maritim dan sains marin kepada masyarakat keseluruhan amnya. 

Selain itu, menyedarkan masyarakat berkenaan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar terutamanya lautan dan sumbernya, menjelaskan kepada masyarakat berkenaan kepentingan bidang maritim dan sains marin serta ilmu kepelautan serta menyemai semangat untuk berbakti di kalangan mahasiswa/i UMT yang terlibat.

      
         







No comments:

Post a Comment