Saturday 18 February 2012

30 BILION BAKTERIA SHIROTA STRAIN HIDUP DALAM BOTOL



YAKULT ACE-ACE LIGHT
      


  Yakult Ace Light
    Yakult Ace                             

sumber: 

http://annurislam90.blogspot.com/ 

Yakult adalah probiotik berkualiti tinggi dalam bentuk minuman susu kultur. Yakult mengandungi bakteria probiotik “ Lactobacillus casei Shirota” (dikenali sebagai “Shirota strain”). Dengan lebih 30 bilion strain Shirota hidup dalam setiap botol, Yakult mempunyai kepekatan probiotik tertinggi berbanding dengan produk probiotik lain di pasaran. Kebanyakan produk minuman probiotik lain mengandungi paling banyak 1 hingga 10 billion bacteria hidup setiap hidangan berbanding yakult. Shirota strain terbukti secara saintifik dalam kalangan strain ‘kuat’ bacteria berfaedah dan telah terbukti dapat memberi manfaat kepada kesihatan manusia.

Yakult mengandungi kepekatan bacteria yang sangat tinggi, Lactobacillus casei Shirota strain. Hanya yakult mempunyai lebih daripada 30 billion bacteria yang baik di dalam setiap botol. Bacteria Yakult adalah unik, dipilih khusus untuk kesihatan kita. Di Jepun, Yakult diakui Kementerian Kesihatan Jepun sebagai “Makanan Kesihatan” yang disokong oleh 75 penyelidik saintifik. Bakteria yang terdapat dalam minuman Yakult sangat kukuh dan boleh hidup  melalui asid perut dan hempedu kita untuk sampai ke usus, di mana mereka menyokong kerja-kerja bacteria semulajadi yang berfaedah. Bakteria yakult terbukti dengan saintifik mempunyai kesan yang baik kepada kesihatan  kita.

Yakult Ace
Yakult Ace Light

Produk pertama untuk pasaran di Malaysia. Minuman susu kultur Yakult Ace, adalah versi  minuman susu kultur standard yang terdapat di negara-negara lain di seluruh dunia. Yakult Ace mempunyai kepekatan yang lebih tinggi daripada bakteria bermanfaat Lactobacillus casei Shirota (3 kali lebih!) Dan mengandungi nutrient tambahan seperti: kalsium, niasin dan vitamin B6, B12 dan D.


Produk terbaru, Yakult Ace Light adalah
minuman susu kultur yang mempunyai kepekatan Shirota strain yang sama tinggi seperti Yakult Ace iaitu 30 billion di dalam setiap botol, tetapi dengan 50 peratus kurang gula dan lebih ringan. Rasa kurang manis.

Sama seperti Yakult Ace, Yakult Ace Light bebas lemak, kolesterol, pewarna, pengawet, dan penstabil.


info: 
Yakult dihasilkan daripada bakteria yang berkualiti tinggi, dipilih dengan teliti bahan-bahan dari seluruh dunia dan dibungkus dalam mesin berteknologi tinggi tempatan, menggabungkan beberapa peralatan pemprosesan makanan terkini.

No comments:

Post a Comment