Sunday, 26 February 2012

SEDATIF (UBAT TIDUR)


SEDATIF (UBAT TIDUR)

Ubat tidur merupakan kategori ubat sedatif yang bertindak pada sistem saraf pusat dan menolong mengatasi masalah kesukaran untuk tidur. Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh memberikan kesan sedatif. Contohnya ubat antikemurungan, barbiturates dan benzodiazepines.
                                          
Benzodiazepine melegakan keresahan , 'alcohol withdrawal', 'panic disorders' dan sawan.
Benzodiazepines merupakan ubat yang selalu digunakan untuk merawat keresahan dan masalah kesukaran untuk tidur. Sesetengah ubat antikeresahan seperti alprazolam, clonazepam, diazepam, lorazepam  boleh membantu masalah kesukaran untuk tidur apabila diberikan pada waktu malam. Kebanyakan ubat hipnotik pula seperti midazolam, zolpidem akan memberikan kesan sedatif pada waktu siang.

panic disorders
Komplikasi kepada pengguna adalah mengantuk dan rasa pening, hilang tumpuan untuk melakukan kerja dan percakapan yang tidak jelas. Kebanyakannya ubat tidur boleh menyebabkan pergantungan pada ubat apabila diambil dalam dos yang tinggi dan pada jangkamasa yang panjang. Apabila keadaan ini berlaku, ia menyukarkan pemberhentian rawatan ubat tidur tersebut.
Ubat tidur tidak boleh diberhentikan secara mengejut oleh itu doktor akan menasihatkan bagaimana untuk memberhentikan ubat secara berkala.
Ubat tidur hanya boleh diambil untuk jangka masa yang pendek sahaja. Kesan ubat tersebut akan berkurangan kerana badan anda telah menyesuaikan diri dengan ubat ini.
Kita juga boleh menangani masalah kesukaran untuk tidur dapat diatasi dengan merawat tingkahlaku secara kognitif contohnya :
  • Pastikan tidur pada waktu yang telah ditetapkan.
  • Jauhi minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam.
  • Tetapkan waktu yang sesuai untuk bangun pagi.
  • Pastikan tempat tidur adalah selesa (tidak terlalu sejuk atau terlalu panas)
  • Membaca adalah lebih baik daripada menonton televisyen.
  • Masalah sukar untuk tidur adalah masalah yang kerapkali berlaku. Oleh itu, cuba tidur hanya jika benar-benar mengantuk.

Sumber:   Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.myhealth.gov.my/

No comments:

Post a Comment